memoriess 1
Percintaan sebenarnya di ibaratkan seperti kita berada di jalan raya.. Sepanjang perjalanan kami pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. begitu juga lah percintaan setiap orang...
Saban hari sebagai manusia kita akan terfikir, siapa yang bakal ditentukan oleh ALLAH swt untuk menjadi raja dalam hidup kita. Siapakah yang bakal menjadi raja dan permaisuri dalam keluarga kita, namun manusia yang lemah seperti kita tetap mempunyai ciri-ciri idaman semua pasangan..
memories 2
Apa itu kasih,sayang, dan cinta...
tiga perkataan yang agak sama untuk diterjemahkan, namun jika diteliti membawa kepada pengetian yang sangat berbeza. Tiga pengertian ini memberi makna yang sangat mendalam untuk difahami.. Emosi dan tindakan juga memberi maksud kasih, sayang dan cinta mempunyai perbezaan yang sedikit..
JUM3 KITA SEARCHING....
KASIH :
Rasa kasih sebenarnyer terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga ALLAH swt mengasihi kita selayaknyer kerana kita lemah dan perlu dikasihi. Dalam hubungan sesama manusia, kasih kadang-kadang menjdi titik permulaan rasa sayang dan seterusnya menjadi rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang sangat kuat.
SAYANG :
Perasaan yang sukar untuk dibezakan dalam hubungan sesama manusia. Menyayangi seseorang belum tentu samapai tahap mencintai kerana menyayangi lebih meluas skopnya berbanding dengan mengasihi. Rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda.
CINTA :
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Cinta terlalu komplex untuk dihuraikan. Cinta membawa pelbagai istilah yang memberikan maksud yang berbeza.. Dalam 1 perpatah arab " CINTA ITU PEKAK DAN BUTA..". Cinta yang mendalam akan memekakan telinga untuk kita menerima segala nasihat dari orang lain. Cinta juga akn membutakan mata untuk melihat kelemahan-kelemahan pada diri orang yang di cintai sekalipun nampak jelas dari pandangan orang lain..
PAUTAN PENGUJUNG... :)
Cinta mampu memberi rasa gembira kepada tiap2 pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar diubati.. Manusia tidak sempurna,, jika pengertian cinta ini disandarkan pada ALLAH yang ESA, sudah pasti tidak akan wujud istilah PUTUS CINTA.... :)
so sweet.. 3 pautan...